1,500 remaja hamil antara 2017-2021: James Ratib

16 Aug 2023 • 2:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Lebih 1,500 kehamilan membabitkan gadis bawah umur dilaporkan dari 2017 hingga 2021, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KMKR), Datuk James Ratib.

“Angka ini benar-benar membimbangkan,” katanya yang turut kesal dengan amalan pembuangan bayi baru lahir. Saya terbaca di media mengenai kelahiran anak luar nikah oleh ibu mereka yang masih kanak-kanak. Di Negeri Sembilan dan Terengganu pada usia 11 tahun dan di Pulau Pinang pada usia 9 tahun.

“Media juga melaporkan pada 2022 sahaja terdapat 329 kes kehamilan remaja luar nikah di Sabah yang merupakan jumlah kedua tertinggi di Malaysia,” katanya.

James berkata, di Sabah tular kes pemangsa berusia 41 tahun merogol kanak-kanak berusia 12 tahun di dalam kereta di Air Terjun Kiansom Inanam, kira-kira 9 tahun lalu.