1,600 sertai larian lima km sempena Hari Landskap Negara

1 Jun 2024 • 11:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 1 JUN: Kira-kira 1,600 individu menyertai program Fun Run sepanjang lima km sekitar pusat bandar raya di sini hari ini sempena Hari Landskap Negara (HLN).

EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berkata sambutan amat mengalakkan dengan penyertaan kebanyakkan dalam kalangan warga Shah Alam yang hadir bersama keluarga.

image is not available
EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas program ‘Fun Run @ Hari Landskap Negara 2024’ di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Larian seumpama ini harus dijadikan kegiatan rutin kerana selain mengamalkan gaya hidup sihat ia juga dapat meluangkan masa bersama keluarga serta merapatkan lagi ukhwah,” katanya kepada Selangorkini.

Ditemui selepas menamatkan larian Fun Run di Taman Tasik Shah Alam di sini, Mohd Najwan turut memuji inisiatif Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menganjurkan acara itu.

image is not available
EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi dan Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh menyertai larian ‘Fun Run @ Hari Landskap Negara 2024’ di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Tahniah JLN dan MBSA anjur program ini diharap dapat anjur lagi pada masa akan datang dengan penganjuran berskala besar supaya lebih lebih ramai sertai,” katanya.

Bermula 24 Mei hingga esok, HLN menjadi platform kepada penggiat industri landskap untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan HLN di Taman Tasik Shah Alam di sini.

image is not available
Sebahagian peserta program ‘Fun Run @ Hari Landskap Negara 2024’ di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

image is not available
Sebahagian peserta program ‘Fun Run @ Hari Landskap Negara 2024’ di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam pada 1 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI