1,837 alumni UiTM sertai acara Fun Run 2023 di 13 kampus seluruh negara

30 Oct 2023 • 3:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

1,837 alumni UiTM sertai acara Fun Run 2023 di 13 kampus seluruh negara

diyana

30/10/2023 - 15:46

KUALA LUMPUR 30 Okt - Seramai 1,837 alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menyertai acara UiTM Alumni Fun Run 2023 yang dianjurkan di 13 kampus seluruh negara.

Acara larian tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang diadakan bersempena sambutan Hari Alumni 2023 yang bakal berlangsung pada 19 Disember kelak.

Diadakan secara serentak di pelbagai lokasi seluruh negara pada 28 Oktober lalu, program tersebut menyaksikan 2,666 penyertaan, di mana seramai 1,837 peserta atau 69% merupakan alumni UiTM.

“Selain mengukuh dan memperluaskan jaringan di antara pelajar dan kakitangan UiTM dengan alumni UiTM, program julung kali diadakan itu bertujuan menggalakkan penglibatan aktif alumni.

“Ini bukan sahaja bagi menjayakan program universiti, bahkan menyemai semangat kebersamaan selain mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga besar UiTM terutamanya alumni,” kata universiti awam tersebut dalam satu kenyataan media hari ini.

image is not available

Menurut UiTM, penglibatan proaktif alumni UiTM setakat 19 Oktober tahun ini berjumlah 710,317 orang, yang merupakan aset bernilai universiti dengan keunikan, kekuatan dan pengalaman berharga masing-masing.

Acara sambutan utama telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UiTM, Prof Dr Suzana Sulaiman.

Pelepasan secara serentak dilakukan secara maya melalui aplikasi Zoom dari perkarangan Dataran Agung Tuanku Canselor (DATC) di kampus induk Shah Alam serta 10 kampus cawangan lain di seluruh negara.

Bagi kampus cawangan UiTM Negeri Sembilan, pelepasan peserta telah dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban Lake Garden.

Sementara itu, pelepasan peserta di UiTM Sarawak, Kampus Samarahan dilakukan oleh Pro-Canselor UiTM merangkap Presiden Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA), Datuk Abdul Wahab Aziz.

Selain UiTM Alumni Fun Run, Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), yang merupakan penganjur utama Hari Alumni UiTM, telah mengadakan acara berjalan kaki JO ITM/ UiTM Heritage Walk pada 8 Oktober lalu.

ICAN juga bakal menganjurkan program bicara alumni bertemakan ‘Kita Sukarelawan’ pada 7 November 2023 di PTAR, UiTM Shah Alam. - DagangNews.com