1,946 kes baharu Covid-19, lapan kematian

30 Aug 2022 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19. - Foto 123rf

SHAH ALAM - Kes Covid-19 direkodkan sebanyak 1,946 pada Isnin menjadikan keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,778,140.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dengan tiada daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead mencatatkan kumulatifnya kini sebanyak 36,206.

Sementara itu, kes aktif Covid -19 pula kini berjumlah sebanyak 31,568 dengan 30,163 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 18 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 1,312 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 75 daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala kes sembuh dicatatkan 3,271.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved