Jangkitan COVID-19 Menurun Bawah 2,000 Kes, 8 Kematian

30 Aug 2022 • 12:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 kembali menunjukkan penurunan bawah 2,000 kes dengan 1,946 kes direkodkan semalam, berbanding 2,191 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,778,140 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,945 kes tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak lapan lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan empat kematian.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,206 setakat ini dengan 7,694 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 31,568 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.5 peratus atau 30,163 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 18 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,312 orang atau 4.2 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 75 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 3,271 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,710,366 kes. - Getaran, 30 Ogos 2022