1 Juta Tong Minyak Sampai Malaysia, Ini Apa Yang Bakal Kita Dapat

LocalBusiness & Finance
18 Apr 2026 • 10:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

1 Juta Tong Minyak Sampai Malaysia, Ini Apa Yang Bakal Kita Dapat

1 Juta Tong Minyak Sampai Malaysia, Ini Apa Yang Bakal Kita Dapat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memaklumkan satu kapal yang membawa muatan minyak dari Timur Tengah telah pun tiba di Malaysia.

Dalam situasi krisis tenaga global ini, ia merupakan satu khabar gembira buat negara dalam memastikan kestabilan bahan api dalam negara.

Tapi, pernah tak anda terfikir apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan selepas bekalan minyak ini sudah mendarat dengan selamat ke negara?

Takkan nak tuang terus masuk tangki kereta, kan?

Sehubungan itu, SK kongsikan pada anda apa langkah seterusnya yang bakal dilakukan menerusi perkongsian PETRONAS di bawah;

1 Juta Tong Minyak Mentah Tiba Di Malaysia

Pada Jumaat, rakyat diberitahu bahawa Kapal Ocean Thunder telah tiba di perairan Malaysia, membawa bekalan penting satu juta tong minyak mentah (159 juta liter) yang berasal dari Basrah, Iraq.

Untuk pengetahuan, minyak mentah yang dibawa oleh Ocean Thunder ini perlu 'disekolahkan' terlebih dahulu di kilang penapisan.

Secara purata, tempoh penapisan ini mengambil masa sekitar 6 hari

Daripada satu juta tong minyak mentah ini, inilah anggaran hasil yang kita akan dapat:

  • Diesel (~62 - 64 juta liter): Sangat penting untuk lori-lori logistik dan pengangkutan awam yang menggerakkan ekonomi kita

  • Petrol (~45 - 48 juta liter): Inilah yang kita isi setiap hari untuk kereta dan motosikal bagi urusan harian.

  • Bahan Api Pesawat (~22 - 24 juta liter): Untuk memastikan sektor penerbangan terus beroperasi.

  • LPG (~5 - 6 juta liter): Gas untuk kegunaan memasak di dapur rumah.

  • Lain-lain (~18 - 25 juta liter): Termasuklah produk sampingan lain untuk kegunaan industri.

  • Image from: 1 Juta Tong Minyak Sampai Malaysia, Ini Apa Yang Bakal Kita Dapat

    Kenapa Ini Berita Baik Untuk Kita?

    Secara puratanya, Malaysia menggunakan sekitar 112 juta liter bahan api setiap hari.

    Kalau tengok angka hasil penapisan di atas, jumlah petrol dan diesel daripada satu kapal ini sahaja sudah cukup besar sumbangannya untuk kegunaan rakyat Malaysia.

    Baca juga:

    Walaupun Ocean Thunder hanya membawa sebahagian daripada 38 peratus import minyak mentah negara yang melalui Selat Hormuz, kecekapan PETRONAS menguruskan sumber dari pelbagai rangkaian global mereka memastikan bekalan kita tidak terputus.

    Image from: 1 Juta Tong Minyak Sampai Malaysia, Ini Apa Yang Bakal Kita Dapat

    Bahkan, PETRONAS juga telah mengesahkan bahawa bekalan bahan api di stesen-stesen mereka adalah mencukupi sehingga hujung Jun 2026. Jadi, kita boleh tarik nafas lega kerana perancangan rapi ini memastikan kelangsungan hidup kita semua berjalan seperti biasa.