“1 Malaysia cari kau!” – Peserta Pernah ‘Sound’ Mas Idayu Masa Sesi Ujibakat Akhirnya Ditemui

Entertainment
27 Jan 2023 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seminggu kebelakangan ini, kecoh diperkatakan mengenai kontroversi melibatkan penyanyi Sissy Imann yang tertekan gara-gara menerima kritikan pedas daripada penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam rancangan Famili Duo pada Ahad lepas.

Susulan itu, tular pula sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang peserta lelaki yang dilihat berani ‘sound’ Mas Idayu kembali ketika sesi ujibakat Mentor Legend 2014, lapan tahun lepas.

Disebabkan video berkenaan, ramai di kalangan netizen tertanya-tanya di mana agaknya abang ini berada ye?

“Ini rupanya orangnya”

Tiada yang mustahil dengan kuasa viral dan media sosial apabila baru-baru ini netizen mendakwa telah terjumpa akaun TikTok lelaki terbabit yang bernama Sofian.

Sofian yang bekerja sebagai penjual kereta sedar dirinya menjadi sebutan ramai, lalu memuat naik video dengan caption,

Ada yang cari ke haaaa….”

Menerusi penelitian admin pada page TikTok Sofian, lelaki yang berusia 31 tahun ini masih berbakat dalam bidang nyanyian walaupun aktif dalam karier yang diceburinya sekarang.

“Padu eh abang sound Mas Idayu”

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen teruja kerana akhirnya dalam menjumpa lelaki ini yang didakwa sebagai satu-satunya individu yang berani mengkritik kembali kata-kat Mas Idayu.

image is not available

Fuh kalau min tak berani ooo nak lawan balik cakap ratu dangdut kita tu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.