1 Maut & 85 Lagi Sakit Dijangkiti Wabak Antraks Gara-Gara Makan Daging Lembu Di Yogyakarta

5 Jul 2023 • 12:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berusia 73 tahun disahkan meninggal akibat jangkitan antraks manakala 85 orang lagi didapati dijangkiti wabak berkenaan selepas kesemua mereka memakan daging yang dijangkiti di wilayah Yogyakarta, Indonesia, kata pihak berkuasa tempatan pada hari Selasa.

Antraks merupakan penyakit berjangkit dan boleh membawa maut yang biasa menyerang lembu atau kambing. Manusia boleh dijangkiti hanya apabila mereka bersentuhan dengan haiwan yang terkena antraks atau memakan daging mereka.

Menurut laporan, Ketua Badan Kesihatan Kabupaten Gunungkidul, Dewi Irawati dalam sidang media berkata, pihaknya mendapati penularan penyakit antraks di daerah itu selepas menerima laporan dari Rumah Sakit Umum Pusat Sardjito milik kerajaan bahawa seorang penduduk berusia 73 tahun meninggal dunia akibat virus itu pada 4 Jun.

image is not available

Susulan itu, agensi berkenaan melakukan pemeriksaan selanjutnya ke atas mangsa dan mendapati dia telah memakan daging lembu miliknya yang mati akibat sakit.

Selain itu, siasatan berkenaan mendapati mangsa turut memberikan daging lembunya tersebut kepada orang ramai di kawasan berkenaan dan hasil daripada ujian darah ke atas 125 orang penduduk, 85 daripadanya telah dijangkiti.

image is not available

Rata-rata daripada mereka mengalami simptom seperti cirit birit, mengalami kudis pada kulit serta mengalami bengkak atau ketulan kecil kemerahan yang muncul di tangan mereka.

Pun begitu, kesemua mangsa telah diberikan antibiotik manakala pihak berkuasa wilayah telah bertindak pantas untuk menamakan kawasan berhampiran sebagai zon merah selama 120 hari sejak penemuan itu.

Dalam masa yang sama, pihak mereka juga menasihatkan penduduk supaya hanya mengambil daging daripada ternakan yang sihat.

Sumber : CNN Indonesia

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.