1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

LocalHealth & Fitness
30 Sep 2026 • 6:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) bakal ditawarkan bermula 1 Oktober ini menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), serta Pos Malaysia Berhad.

Dengan alternatif ini orang awam boleh mendapatkan bekalan ubat-ubatan tanpa perlu ke hospital atau klinik kesihatan KKM, cuma hanya perlu memohon melalui aplikasi MyUBAT dan terima bekalan ubat melalui penghantaran pos terus ke alamat rumah atau lokasi pilihan anda.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan sentiasa mudah diakses, mesra pengguna, dan berteraskan rakyat (Patient-Centred Care).

Bermula 1 Oktober 2026, caj penghantaran bagi perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) adalah 𝐃𝐈𝐁𝐈𝐀𝐘𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇𝐍𝐘𝐀 (𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀) bagi warganegara Malaysia yang memohon menerusi aplikasi MyUBAT!” tulis KKM di laman X

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 29, 2026

Perkhidmatan ubat melalui pos percuma

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) turut menyalurkan tajaan penuh sebanyak RM5 juta secara one-off, sekali gus menjadikan perkhidmatan penghantaran ubat ini percuma untuk pesakit warganegara Malaysia. Jadi orang awam tidak perlu risau memikirkan kos caj penghantaran ubat ke rumah kerana ia dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan.

Manfaat ubat melalui pos

Image from: 1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!
Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Berdasarkan hantaran KKM di laman X, kemudahan ini bakal memberikan pelbagai manfaat secara langsung setiap bulan kepada lebih 87,000 ribu pesakit di Malaysia.

Antara kemudahan menggunakan Ubat Melalui Pos (UMP) ini adalah:

  • Kemudahan dan keselesaan: di mana ubat dihantar terus ke rumah atau lokasi pilihan dan anda tidak perlu beratur panjang, memohon cuti ataupun memandu jauh untuk ke hospital atau klinik bagi mendapatkan ubat.
  • Dapat jimatkan masa dan kos: dengan alternatif UMP ini, anda secara tidak langsung dapat mengurangkan beban logistik dan kos perjalanan terutama buat warga emas, individu yang terbatas pergerakan atau golongan bekerja.
  • Rawatan terjamin: menerusi alternatif ini pesakit akan menerima bekalan ubat mengikut jadual dan meningkatkan kepatuhan rawatan terhadap pesakit.
  • Kurangkan kesesakan: melalui servis penghantaran ubat melalui pos ini sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di ruang menunggu farmasi klinik dan hospital KKM.

Syarat kelayakan

Bagi yang ingin menggunakan kemudahan Ubat Melalui Pos (UMP) ini, syarat kelayakannya cukup ringkas:

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Memohon perkhidmatan melalui aplikasi MyUBAT
  • Pembiayaan caj penghantaran berterusan sehingga had maksimum tuntutan RM5 juta dicapai.

Cara daftar MyUBAT

Image from: 1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

Untuk mendaftar akaun di aplikasi MyUBAT, anda hanya perlu ikuti beberapa langkah ini untuk mengakses kemudahan mendapatkan bekalan ubat yang dihantar melalui pos ke rumah anda. Berikut adalah cara-caranya:

  • Langkah pertama: muat turun aplikasi MyUBAT
  • Langkah kedua: pada skrin utama MyUBAT, klik pada Log Masuk Pengguna Baharu bagi yang mendaftar akaun baharu.
  • Langkah ketiga: untuk pesakit warganegara Malaysia, lengkapkan semua butiran maklumat yang diperlukan untuk mendaftar akaun baharu. Manakala pesakit bukan warganegara Malaysia perlu mendaftar di kaunter farmasi KKM.
  • Langkah keempat: Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  • Langkah kelima: Klik pada butang mohon baharu untuk membuat permohonan baharu.
  • Langkah keenam: Pilih lokasi fasiliti kesihatan di mana rawatan susulan diterima.
  • Langkah ketujuh: pilih jenis perkhidmatan nilai tambah daripada senarai yang disediakan dan klik pada butang mohon perkhidmatan.
  • Langkah kelapan: lengkapkan borang permohonan, pastikan gambar preskripsi dimuat naik secara melintang.

Sekadar info, bagi yang telah membuat permohonan dalam aplikasi, bungkusan ubat-ubatan yang dimohon akan diproses bermula pada 10 Oktober 2026 nanti.

Bagi yang ingin menggunakan kemudahan ini, anda boleh muat turun aplikasi MyUBAT dan daftar terus dalam aplikasi tersebut. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store atau App Gallery.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved