Harga diesel tanpa subsidi dijual RM5.27 seliter, turun 15 sen mulai esok

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 7:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Harga diesel tanpa subsidi dijual RM5.27 seliter, turun 15 sen mulai esok

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter manakala diesel tanpa subsidi turun 15 sen seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Oktober ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga baharu RON97 ditetapkan pada RM5 seliter manakala RON95 tanpa subsidi RM4.52 dan diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter.

Kenyataan itu memaklumkan penurunan tersebut didorong oleh penyederhanaan purata harga minyak mentah dunia dalam tempoh pengiraan Mekanisme Harga Automatik (APM) susulan penyambungan semula operasi saluran paip Timur-Barat Arab Saudi.

“Pada masa sama, bekalan produk petroleum bertapis di Asia menunjukkan tanda pemulihan dengan eksport produk petroleum bertapis China pada September dianggarkan melebihi empat juta tan berbanding purata sekitar tiga juta tan sebulan pada tahun lepas.

“Peningkatan bekalan ini membantu mengurangkan sebahagian tekanan terhadap harga produk petroleum serantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, MOF memaklumkan pemulihan bekalan global masih tidak sekata apabila sebuah lagi loji penapisan utama Rusia di Perm terpaksa menghentikan operasi selepas serangan dron Ukraine minggu lepas sekali gus mengehadkan bekalan diesel dari negara berkenaan ke pasaran antarabangsa.

Susulan itu, ketidaktentuan harga produk petroleum dijangka berterusan selagi konflik antara Amerika Syarikat dan Iran belum selesai.

Pada harga semasa, penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) membayar RM1.99 seliter berbanding harga RON95 tanpa subsidi RM4.52 seliter, dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.53 seliter bersamaan 56 peratus daripada harga tanpa subsidi.

“Penerima BUDI Diesel pula akan terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM3.17 seliter atau 60 peratus daripada harga tanpa subsidi,” katanya. – Bernama

The post Harga diesel tanpa subsidi dijual RM5.27 seliter, turun 15 sen mulai esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved