“1 Syawal Berkemungkinan Jatuh Pada Hari Jumaat” – Dr MAZA

LocalPolitics
18 Mar 2026 • 11:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Jumaat sekiranya merujuk kepada kriteria penentuan anak bulan yang digunakan sebelum ini.

Perkara tersebut dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Instagram Story, yang turut menyebut situasi sama pernah berlaku sebelum ini.

Advertisement

image is not available

Menurutnya, keadaan itu pernah berlaku pada tahun 2022 dan tidak mustahil berulang sekali lagi pada tahun ini.

“Kalau merujuk kriteria dahulu sebelum diubah, kemungkinan 1 Syawal kali ini jatuh pada hari Jumaat. Peristiwa 2022 mungkin berulang,” katanya.

Walau bagaimanapun, tarikh rasmi sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia hanya akan ditentukan melalui pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas proses cerapan anak bulan yang dijadualkan berlangsung malam esok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-03-17 13:56:45

Tareq Fit Dan Nizam Jentik-Jentik Berdebat Di Threads, Netizen Puas Hati - "Terima Kasih Kerana Sekolahkan Dia"

The post “1 Syawal Berkemungkinan Jatuh Pada Hari Jumaat” – Dr MAZA first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.