Hari Raya Aidilfitri Di Australia Jatuh Pada Jumaat, 20 Mac

13 Mar 2026 • 9:20 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hari Raya Aidilfitri Di Australia Jatuh Pada Jumaat, 20 Mac

Majlis Fatwa Australia mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri di sana jatuh pada hari Jumaat (20 Mac).

Menerusi satu kenyataan, Pengerusi Majlis Fatwa dan Mufti Besar Australia, Dr Ibrahim Abu Mohamad berkata 1 Syawal ditetapkan selepas membuat penelitian lanjut bersama balai cerap tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, kaedah yang digunakan untuk menentukan tarikh Aidilfitri itu adalah berdasarkan pengiraan kelahiran anak bulan sebelum matahari terbenam, tempoh terbenamnya bulan selepas matahari terbenam serta kemungkinan penampakan anak bulan di Australia dan kawasan sekitarnya.

"Kaedah ini turut diguna pakai oleh banyak majlis ulama terkemuka dan berwibawa di peringkat antarabangsa.

"Majlis Imam Nasional Australia dan Majlis Fatwa Australia mengakui, memahami dan menghormati para imam serta ulama yang mungkin mempunyai pandangan berbeza dalam perkara ini.

"Mereka juga menyeru semua umat Islam agar saling menghormati perbezaan pandangan dan berusaha mengekalkan perpaduan komuniti Muslim demi memelihara nilai serta kepentingan bersama," katanya.

Baca juga:

Beliau dan juga para imam yang menganggotai Majlis Imam Nasional Australia turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh komuniti Muslim.

Mereka juga mengingatkan umat Islam agar tidak melupakan saudara-saudara di Gaza menerusi doa, sumbangan derma serta sokongan berterusan.

"Komuniti Muslim juga digalakkan untuk terus berinteraksi dengan jiran dan rakan-rakan di Australia bagi mempamerkan imej Islam yang sebenar serta penuh kedamaian.

"Semoga Allah menerima ibadah puasa dan amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan," katanya.