“1 Tahun Kahwin Masih Dara” – Suami Tawar Hati Sampai Nak Cerai, Isteri Selalu Menolak Bila Ajak ‘Bersama’

Entertainment
29 Jul 2023 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook telah tular selepas seorang lelaki yang juga merupakan suami kepada seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap isterinya.

Perasaan kecewa itu mula hadir selepas si isteri sering menolak ajakannya apabila hendak ‘bersama’ serta menganggap isteri bersikap kurang ajar.

image is not available

Bahkan, dia turut memaklumkan biarpun sudah setahun berkahwin tetapi isterinya masih lagi dara kerana enggan ‘bersama’ hingga membuatkan lelaki itu tawar hati.

Susulan itu, lelaki tersebut mahu bercerai dengan isterinya dan meminta pencerahan agar dia boleh memfailkan kes ini sebagai nusyuz ataupun tidak.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai, dimana rata-rata berkata salah untuk seorang isteri menolak ajakan suami jika dia mahu ‘bersama’ dan ada juga berpendapat wanita tersebut barangkali menghidap penyakit Vaginismus (kekejangan otot tak disengajakan di kawasan faraj).

image is not available 3 weeks ago

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Wanita Bersama Skandal Tersebar?