Cedera & lebam seluruh badan didera suami sampai mati, lelaki masih diburu polis, berikut kejadiannya

28 Jul 2023 • 5:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Cedera & lebam seluruh badan didera suami sampai mati, lelaki masih diburu polis, berikut kejadiannya

SUAMI pelindung isteri tapi lain dengan kes yang terjadi ini sangat memilukan. Seorang suami tergamak bertindak mendera isteri hingga meninggal dunia!

Kejadian yang berlaku di Kajang, Selangor itu terbongkar selepas hasil pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan ke atas jenazah isteri di sebuah hospital swasta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner, Mohd Zaid Hassan dalam kenyataannya hari ini, berikut kejadiannya;

1. Polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam Ahad lalu.

2. Wanita berusia 38 tahun terbabit dihantar ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

3. Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.

image is not available

 

4. Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.

5. Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.

6. Dalam siasatan yang dilakukan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Sungai Long. Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

image is not available

7. Dalam pada itu, polis kini sedang giat mengesan suami mangsa iaitu Mohamed Imran Mohamed, 32, beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.

8. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu, tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan R K Umesh di talian 012-6114900 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Kejamnya! Mana ihsan kemanusiaanmu wahai suami.

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!