
1 Utama Lancar Gedung “Seventeen Pop-Up” Pertama Di Malaysia
Petaling Jaya – Pusat membeli belah terkemuka, 1 Utama melancarkan pembukaan gedung pertama kumpulan K-Pop Seventeen, menampilkan pelbagai koleksi barangan dan koleksi ikonik kumpulan muzik berkenaan.
Berlangsung dari 28 November hingga 21 Disember 2025, gedung berkenaan dibuka seawal 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Dikenali sebagai kumpulan “penerbit album sendiri”, Seventeen terdiri daripada ahli yang terlibat secara langsung dalam penulisan lagu, produksi dan koreografi.
Debut pada 26 Mei 2015, kumpulan yang mempunyai 13 orang ahli ini terhasil daripada penggabungan tiga unit kecil, iaitu hip-hop, vokal dan persembahan.
Antara tarikan utama apabila peminat berkunjung ke gedung berkenaan merupakan beberapa ruang bergambar yang diinspirasikan daripada dunia Seventeen. Gedung tersebut turut menyediakan ruangan istimewa bagi peminat menyaksikan koleksi video muzik menerusi skrin LED bersaiz besar.
Peminat turut berpeluang mendapatkan pelbagai barangan eksklusif Seventeen termasuk kad foto, poster, rantai kunci dan alat tulis.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial 1 Utama.
The post 1 Utama Lancar Gedung “Seventeen Pop-Up” Pertama Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.


