10,000 peluang kerja ditawarkan di Mega Jobcare Selangor 2026

LocalBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

10,000 peluang kerja ditawarkan di Mega Jobcare Selangor 2026

SHAH ALAM, 30 JULAI: Mega Jobcare Selangor 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini menawarkan 10,000 peluang pekerjaan dengan penyertaan lebih 100 majikan.

Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor memaklumkan program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu menyediakan pelbagai peluang kepada pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan menerusi sesi temu duga secara langsung.

Menurutnya, program itu turut menawarkan perkhidmatan Job Matching melalui MYFutureJobs selain semakan resume dan kaunseling kerjaya secara percuma bagi membantu pencari kerja meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.

“Aktiviti menarik lain adalah MYFutureJobs On-The-Go & Interactive Career Exploration Board (MyCEC Light), program Transisi Kerjaya PLATS & semakan kelayakan penyertaan dan Generative AI Employability Masterclass.

“Di samping itu, turut dianjurkan Sesi Pocket Talk dengan pelbagai topik kerjaya serta pembangunan diri, saringan kesihatan, perkhidmatan pergigian, kempen derma darah, kaunter bergerak agensi kerajaan, Foodtrucks PLATS dan Jualan Rumpun Selangor,” katanya menerusi Facebook.

Image from: 10,000 peluang kerja ditawarkan di Mega Jobcare Selangor 2026
Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Pada masa sama, Pejabat SUK memberitahu Kerajaan Negeri turut menyediakan Insentif Bantuan Kehilangan Kerja dengan pemberian kredit RM50 di Touch 'n Go eWallet.

Tambahnya lagi, 2,200 pengunjung terawal yang hadir ke karnival jelajah tersebut turut berpeluang menerima kredit Touch 'n Go eWallet bernilai RM10 dengan tertakluk kepada syarat dan terma.

“1,000 pencari kerja terawal yang kehilangan pekerjaan atau merupakan penerima faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.

“Mohon sekurang-kurangnya tiga jawatan semasa program dan penuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dengan tertakluk kepada syarat dan terma,” ujarnya lagi.

Pra-pendaftaran program boleh dibuat melalui pautan https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=NzM0OA==.

Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan karnival jelajah itu akan ditambah baik tahun depan termasuk melibatkan program pensijilan dan pembangunan kemahiran.

Beliau berkata RM1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif berkenaan dalam usaha menangani isu pengangguran.

Image from: 10,000 peluang kerja ditawarkan di Mega Jobcare Selangor 2026
Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved