10,000 peserta larian banjiri Anjung Floria

SportsHealth & Fitness
25 Jul 2026 • 3:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 10,000 peserta larian banjiri Anjung Floria

PETALING JAYA: Seramai 10,000 peserta menyertai acara Larian Persahabatan Skechers 2026 di Anjung Floria, Putrajaya baru-baru ini, sekali gus mencatat penyertaan tertinggi sepanjang penganjurannya.

Jumlah itu meningkat 25 peratus berbanding tahun lalu, didorong penambahan kategori baharu iaitu larian separuh maraton 21 kilometer (KM), selain kategori 10KM kompetitif dan 5KM jalan santai.

Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee berkata, peningkatan itu membuktikan sokongan padu komuniti terhadap penganjuran acara berkenaan yang kini menjadi antara kalender kecergasan utama di Malaysia.

“Peningkatan daripada 8,000 kepada 10,000 peserta tahun ini menunjukkan komuniti yang terus menyokong acara ini sejak awal penganjuran.

“Pengenalan kategori 21KM pula mencerminkan usaha kami untuk berkembang seiring dengan kemampuan peserta,” katanya.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat, Skechers turut menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi membantu pesakit kanser kurang berkemampuan.

Acara itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk sesi regangan dan zumba, selain memperkenalkan koleksi kasut Skechers Hands Free Slip-ins Max Cushioning Glide-Step dan AERO Razor.

Bagi kategori 21KM lelaki terbuka, Mohamad Nur Radzman muncul juara dengan catatan masa 1 jam 15 minit 45 saat, diikuti Muhammad Asyraf dan Ahmad Sayuti.

Kategori wanita terbuka pula dimenangi Chew Jia Qi (1 jam 30 minit 42 saat), manakala Chan Anne Sze dan Tea Su Hua masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, kategori 10KM diungguli Prabudass Krishnan (lelaki) dan Nurul Juliana Shakira (wanita).

Johan membawa pulang wang tunai RM1,000, baucar Skechers, hamper dan barangan tajaan. – UTUSAN

The post 10,000 peserta larian banjiri Anjung Floria appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved