10 agensi pelaporan kredit berdaftar dengan Kementerian Kewangan

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2026 • 12:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 agensi pelaporan kredit berdaftar dengan Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA – Sejumlah 10 agensi pelaporan kredit disahkan berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan bagi tempoh 2026/2027.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit berjaya melaksanakan pembaharuan perakuan pendaftaran agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 14 Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710] untuk tempoh sah laku dari 15 September 2026 hingga 14 September 2027.

Katanya, Senarai semasa agensi pelaporan kredit yang berdaftar termasuk CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd..

Turut berdaftar ialah Dun & Bradstreet (D&B) Malaysia Sdn. Bhd., FIS Data Reference Sdn. Bhd., Omesti BI Sdn. Bhd., CTOS Basis Sdn. Bhd., MARC Data Sdn. Bhd., Mydata Infomatica Sdn. Bhd. dan One Future Solutions Sdn. Bhd..

“Mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit tanpa mendaftar sebagai agensi pelaporan kredit adalah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 11(2) Akta 710.

“Apabila disabitkan kesalahan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Kata Kementerian Kewangan, mana-mana pihak yang ingin mengemukakan aduan, pertanyaan, cadangan atau penghargaan berhubung pelaporan kredit, boleh berbuat demikian dengan melayari portal Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan di https://ppapk.treasury.gov.my. – KOSMO! ONLINE

The post 10 agensi pelaporan kredit berdaftar dengan Kementerian Kewangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved