10 Cedera Dipanah Petir Di Jerman

21 May 2024 • 11:32 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

DRESDEN, 21 Mei (Bernama-dpa) — Seramai 10 orang cedera termasuk empat daripadanya parah akibat dipanah petir di bandar Dresden, timur Jerman pada petang Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut jurucakap bomba, dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun yang diserang sakit jantung berjaya diselamatkan.

Dalam keadaan cuaca buruk dan ribut petir yang melanda Dresden, petir telah menyambar mangsa yang berada di tebing sungai Elbe sejurus selepas 5 petang (1500GMT).

Tiga wanita dan tujuh lelaki berusia antara 26 dan 41 tahun cedera. Empat daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Kesemua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Perkhidmatan Cuaca Jerman di Leipzig telah memberi amaran mengenai aktiviti ribut petir di beberapa bahagian Saxony manakala bagi Dresden, amaran risiko ribut petir pada tahap dua daripada empat turut dikelurkan.

Polis masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved