Gombak, Sepang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 1 pagi

10 May 2024 • 11:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 10 MEI: Amaran hujan lebat dikeluarkan melibatkan enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Facebook Malaysian Meteorological Department