10 duta selebriti perkenal koleksi eksklusif, Jakel tawar baju Melayu RM99 dengan pilihan warna terkini

LocalEntertainment
19 Jan 2025 • 1:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SIAPA

tak kenal Jakel, jenama tekstil yang dah sinonim dengan persiapan raya setiap tahun.



Kali ini, Jakel tampil lebih meriah dengan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025. Yang bestnya, Jakel bawakan 10 duta popular untuk memperkenalkan koleksi Aidilfitri mereka yang serba baharu!



image is not available



Antara yang memeriahkan kempen ini ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad bersama keluarganya, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho bersama keluarga, dan tak ketinggalan, watak animasi kegemaran ramai, Upin & Ipin!



image is not available



image is not available



Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, koleksi tahun ini fokus pada kualiti fabrik yang lebih baik – tebal, tak panas, cepat kering, dan yang penting, selesa dipakai.



“Jakel ni untuk semua golongan – dari kanak-kanak sampai orang dewasa. Kami nak pastikan semua pelanggan dapat bergaya dengan pakaian berkualiti tinggi tapi tetap mampu milik. Sebab tu tagline kami tak pernah berubah, ‘Jakel, Barulah Raya’!” katanya.



image is not available



Kali ini, Jakel tawarkan pelbagai warna trendy seperti Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia, dan Powder Blue. Memang sesuai untuk korang yang nak tampil bergaya masa raya nanti.



Yang lagi menarik, Jakel ada promosi khas untuk raya tahun ni! Baju Melayu Madani hanya RM99 sepasang, siap dengan samping percuma bernilai RM49.



"Kalau nak koleksi eksklusif, Baju Melayu Fattah Amin pula dijual pada RM149 dan korang dapat samping percuma bernilai RM99.



image is not available



Untuk yang suka sedondon satu keluarga, Jakel dah sediakan lebih sejuta pasang baju untuk ibu dan bapa, serta 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon.