[10 FOTO] Kilauan mahkota, permata & busana indah sempena majlis Santapan Diraja perkahwinan Putera Mateen, Pengiran Anak Isteri Anisha buat ramai terpegun

16 Jan 2024 • 2:56 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

ISTIADAT Santapan Diraja sempena perkahwinan Putera Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah berlangsung semalam di Istana Nurul Iman.

Lebih istimewa lagi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dba Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat istiadat berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Istiadat berkenaan juga turut dihadiri Raja-Raja Melayu dan pemimpin beberapa buah negara ASEAN.

image is not available

Gaun putih Anisha berpotongan A-line dan mahkotanya menjadi perhatian ramai. Busana ringkas namun mewah itu menggunakan hiasan kristal pada lengan dan kain serta dipadankan dengan tudung putih dan solekan yang ringkas tetapi kelihatan begitu elegan.

image is not available

image is not available

Tata rias solekan yang ringkas, mahkota indah, rantai leher dan anting-anting mewah bertatahkan berlian menyerlah kecantikan semula jadi serta keanggunan wanita berusia 29 tahun itu.

image is not available

Berpimpinan menuju ke meja santapan, penampilan Pengiran Muda Abdul Mateen yang mengenakan pakaian rasmi kerabat diraja berwarna hitam, tidak lepas daripada rakaman lensa.

Istiadat perkahwinan bermula 7 Januari lalu, dengan berlangsungnya Majlis Istiadat Bersuruh Diraja , Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja sebelum pasangan diraja itu dinikahkan, pada 11 Januari di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

image is not available

Istiadat persandingan diraja semalam menyaksikan mempelai pengantin diraja menyertai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan.

image is not available

Perkahwinan diraja Putera Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah cukup istimewa buat warga maya. Tidak hanya kerana populariti kedua-duanya di laman sosial, penyatuan jiwa dua rakan sejak kecil ini cukup manis dan menjadi inspirasi!

Selamat pengantin baharu daripada team SinarPlus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!