“Handsomenyaaa” – Selepas Putera Mateen, Putera Abdul Wakeel Pula Jadi Pujaan Para Gadis

Entertainment
16 Jan 2024 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah sekian lama Putera Mateen menjadi pujaan para gadis di luar sana dek kerana ketampanannya, ramai kini terpaksa akur bahawa putera raja itu kini sudah dimiliki orang.

Pada Khamis lalu, telah berlangsungnya majlis pernikahan putera itu dengan pilihan hatinya, Dayang Anisha Rosnah Adam dan perkahwinan mereka telah diraikan dalam beberapa majlis mewah yang diadakan di Brunei baru-baru ini.

image is not available

Putera ‘Abdul Wakeel kini dapat perhatian para gadis

Setelah Putera Mateen kini sudah bergelar suami orang, nampaknya perhatian para gadis kini tertumpu pula kepada adindanya, Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Bolkiah atau lebih dikenali sebagai Putera Abdul Wakeel.

Bagi yang tak tahu, Putera Abdul Wakeel ini adalah anak kandung kepada bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah.

Menurut carian di Wikipedia, Putera Abdul Wakeel ini sudah berusia 17 tahun dan sedang bersekolah di Sekolah Antarabangsa Jerudong di Brunei.

Beliau juga mempunyai seorang adik perempuan iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang berusia 15 tahun yang tidak kurang cantiknya.

@pama.my

MashaAllah memang cantik dan tampan sungguh Puteri Ameerah dan Putera Wakeel #majalahpama #princewakeel #fyp #princessameerah

♬ Instrumen Melayu – Andijul maruf

Rata-rata netizen di media sosial kini dilihat memuat naik gambar serta video Putera Abdul Wakeel dan memuji ketampanannya serta menyifatkan putera ini sebagai sangat pemalu dan misteri.

image is not available

Terdahulu, Azrinaz yang merupakan ibu kandung kepada putera ini sering memuat naik gambar anak-anaknya di media sosial dan meluahkan rasa rindunya terhadap mereka kerana tidak lagi tinggal bersama semenjak bercerai dengan Sultan Brunei pada tahun 2010.

Sumber: Wikipedia, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.