10 info eBeliaRahmah, anak muda 18-20 tahun terima RM200, berikut cara daftar

21 Jun 2023 • 7:03 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

BERITA baik buat anak muda kerana bakal menerima eBeliaRahmah sebanyak RM200.

Seramai dua juta remaja berusia 18 hingga 20 tahun akan menerima peruntukan sebanyak RM400 ini.

Apakah sebenarnya eBeliaRahmah ini dan cara mendaftarnya?

Berikut 10 info berkaitan yang dikongsikan Kementerian Kewangan Malaysia.

1-eBeliaRahmah diperuntukkan untuk belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT).

2-Mereka boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program eBeliaRahmah mulai 8.00 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023.

3-eBeliaRahmah menyaksikan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 pada tahun lalu.

image is not available
Kredit foto: Freepik

4-Belia warganegara Malaysia yang layak boleh mula mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara ‘one-off’ dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

5-eBeliaRahmah terbuka kepada remaja mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023 (yang lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU

6- Anak muda yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

7-Bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) 200 diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.

8-Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

image is not available
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

9-Manakala kredit eBeliaRahmah dan manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.

10-Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/ peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi penyedia e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Kepada anda yang memiliki ahli keluarga berusia 18 hingga 20 tahun jangan lupa uar-uarkan kepada mereka ya!

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi