10 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

8 Jun 2024 • 5:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran kontena di Pelabuhan Barat dekat sini pada Sabtu.

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran kontena di Pelabuhan Barat dekat sini pada Sabtu.

KLANG - Sepuluh kontena yang ditempatkan di sekitar Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini terbakar dalam kejadian pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.40 tengah hari.

"Seramai 24 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Sungai Pinang, BBP Andalas dan BBP Shah Alam bersama beberapa buah jentera ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan 10 kontena yang berukuran 40 kaki (12.2 meter) di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

**media[2681584]**

Katanya, kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak pelabuhan menggunakan kren.

"Pemeriksaan awal mendapati sebuah kontena mengalami kebakaran dan musnah 100 peratus.

"Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa," katanya.