Semoga Dipermudahkan Urusan Mangsa Kebakaran Kampung Melayu Pandan, JB

8 Jun 2024 • 9:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.30 pagi. – Gambar TikTok

Berlaku kebakaran di Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru pagi tadi, memusnahkan sederet rumah setinggan enam pintu.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1, Sufian Md Lis berkata kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi.

Seramai 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tebrau, Larkin dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan, katanya dalam satu kenyataan.

Sufian berkata kebakaran juga melibatkan sebuah kedai runcit dengan 10 peratus bahagian kedai terbakar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan pada 1.40 petang. – Getaran, 8 Jun, 2024

@getaranmy Kampung Melayu Pandan, Johor dilanda kebakaran tengah hari tadi, harapnya tiada kecederaan serius berlaku. #GetaranMY #TERKINI #Semasa ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved