10 lelaki terkacak di dunia, pelakon dari Malaysia turut tersenarai

30 Jan 2023 • 5:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KACAK dan cantik adalah perkara yang subjektif pada pandangan manusia. Lain orang, lain pendapatnya. Namun dari sudut sains berikut wajah-wajah lelaki kacak dunia pada masa kini termasuk pelakon dari Malaysia.

Ketampanan wajah diukur menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio. Teknik itu bermula sejak zaman purba dan telah digunakan untuk mengukur kesempurnaan fizikal.

Pakar bedah kosmetik Dr Julian De Silva dari United Kingdom berkongsi senarai 10 selebriti popular yang telah dianalisis. Ia mengambil kira bentuk muka yang sempurna, termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan garis rahang.

Golden Ratio digunakan Yunani purba, menggunakan nisbah 1.618 merujuk kepada formula perkadaran yang telah dikatakan untuk mengenal pasti wajah yang paling sempurna secara matematik.

Berikut adalah senarai 10 lelaki terkacak yang mempunyai raut wajah yang hampir sepadan dengan nisbah ideal.

1. Simon Basset

image is not available
Simon Basset, pelakon pelakon Britain berusia 34 tahun yang terkenal dalam siri Netflix yang terkenal, Duke of Hastings memperolehi peratusan paling tinggi iaitu 93.65 peratus.

2.Chris Hemsworth

image is not available
De Silva menulis bahawa berada di tempat kedua dengan ketepatan 93.53 peratus adalah milik pelakon Thor, Chris Hemsworth.

3. Michael B. Jordan

image is not available
Di tempat ketiga ialah pelakon Black Panther, Michael Bakari Jordan di tempat ketiga dengan ketepatan 93.46 peratus.

4.Harry Styles

image is not available
Penyanyi Harry Styles menduduki tempat keempat paling kacak di dunia, dengan 92.30 peratus.

5.Jude Bellingham

image is not available
De Silva berkongsi tempat kelima ialah pemain sensasi bola sepak Piala Dunia England, Jude Bellingham, 19 , yang memperolehi 92.22 peratus.

6.Robert Pattinson

image is not available
Bintang Twilight, Robert Pattinson menduduki tempat keenam dengan 92.15 peratus.

7.Chris Evans

image is not available
Captain America, Chris Evans lelaki ketujuh paling tampan di dunia dengan markah 91.9 peratus dalam penilaian Golden Ratio.

8.George Clooney

image is not available
Usia bukan halangan. Paling matang dalam senarai, analisis wajah Clooney, 61, ialah 89.9 peratus.

image is not available
Pelakon Malaysia, Henry Golding beroleh analisis wajah 87.98 peratus. Hos TV kacukan Iban dan British itu satu-satunya lelaki dari Asia di dalam senarai De Silva.

10.Dwayne Johnson

image is not available
Bintang filem aksi, 10.Dwayne Johnson atau dikenali dengan nama The Rock tersenarai pada tempat ke-10 dengan ketusan analisis 86.07 peratus.

Menurut Dr Silva, teknik pemetaan komputer itu membantu perancangan para pesakit yang ingin membuat pembedahan kosmetik.

“Teknik pemetaan komputer serba baharu ini membolehkan kami menyelesaikan beberapa misteri tentang perkara yang menjadikan seseorang itu cantik secara fizikal.

“Teknologi ini berguna apabila merancang pembedahan pesakit,” kata doktor itu,” katanya.

Sebelum ini SinarPlus pernah berkongsi De Silva pernah menobatkan pelakon Jodie Comer sebagai wanita tercantik di dunia diikuti supermodel Bella Hadid dan aktres Zendaya.

Manakala pada tahun 2022, De Silva mendedahkan pelakon Amber Heard memiliki raut wajah hampir sempurna.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi