Tiba-Tiba Nama Kena Petik, Ini Respon Hafidz Roshdi Tentang Dakwaan Mesej Lucah

Entertainment
29 Jan 2023 • 9:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial hari ini apabila seorang pelakon lelaki kacak didakwa telah ‘kantoi’ bermesej lucah dengan wanita lain sehinggakan tergamak memadam kesemua foto isterinya di Instagram.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, pelakon lelaki itu mempunyai dua orang anak dan berumur dalam lingkungan 20-an selain merupakan bintang hasil pencarian ‘hero’ suatu ketika dahulu.

Gara-gara ‘klu’ yang diberikan itu, ramai netizen tampil meneka ataupun dengan kata lain ‘memetik’ nama pelakon Hafidz Roshdi sehingga penuh tuduhan itu di ruangan komen Instagram.

image is not available

Malah, ada yang berasa kecewa dengan Hafidz berikutan imej baik yang dibawanya selain dikatakan tidak memilih rupa dan pangkat ketika bernikah dengan isterinya dahulu.

Berikutan itu, Hafidz Roshdi sehingga kini belum memberikan penjelasan mengenai isu tersebut namun ada memuat naik foto dia bersama isterinya di Instagram Story dengan latar belakang lagu berjudul ‘Fitnah’.

image is not available

Terdahulu, sumber memaklumkan bahawa pelakon itu ada berbalas mesej lucah dengan wanita lain dan isterinya mengetahui mengenai perkara itu setelah menyemak telefon bimbit si suami.

Namun, disebabkan si isteri tidak bekerja, dia dikatakan hanya memendam sahaja mengenai perkara itu meskipun pelakon itu didakwa telah berkelakuan seperti itu sejak si isteri melahirkan anak pertama lagi.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.