10 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Dijangka Dilanda Ribut Petir Petang Ini

29 Oct 2024 • 2:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

10 Negeri, 2 Wilayah Persekutuan Dijangka Dilanda Ribut Petir Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 5 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

Keseluruhan kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut diramal dilanda cuaca buruk itu.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Selain itu, kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, serta Tanah Tinggi Cameron dan Raub di Pahang juga dijangka diramal ribut petir.

“Sementara di Selangor, daerah yang terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Negeri Johor pula melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” tulis kenyataan METMalaysia.

Beralih ke Sarawak, hanya daerah Miri dan Limbang dijangka diramal dilanda cuaca buruk petang ini.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia