Amaran Hujan Lebat Awal Pagi Ini Di 3 Negeri

LocalEnvironment
29 Oct 2024 • 11:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Awal Pagi Ini Di 3 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan 3 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (WP) akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 1 pagi nanti.

Menerusi amaran yang dimuat naik di Facebook, MetMalaysia meramalkan hujan lebat di Terengganu melibatkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang, amaran hujan lebat malam ini hanya dikeluarkan bagi daerah Jerantut.

Beralih ke Sabah, hujan lebat dan ribut petir dijangka landa daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau). Dalam pada itu, MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di WP Labuan.

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya.

Berikutan itu, orang awam dinasihati berjaga-jaga ketika di luar dan elak dari berada di lokasi berisiko ketika cuaca buruk.

Dalam muat naik yang lain, pihak MetMalaysia turut mengeluarkan makluman pelaksanaan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Dewan PDT, Tanjung Piandang, Perak. Pengujian tersebut bakal dijalankan pada 10 pagi hingga 1 petang, Rabu.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu UJIAN sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)