10 negeri diramal ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

11 Jan 2023 • 4:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan tengah hari ini memaklumkan negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Kedah, kawasan terlibat adalah Langkawi, Baling dan Kulim manakala di Perak membabitkan kawasan Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Amaran sama dikeluarkan di Jeli dan Pasir Putih di Kelantan; Besut dan Setiu (Terengganu); Bentong, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang); Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan); dan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor).

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak diikuti Kuala Penyu dan Beufort di Sabah dan Labuan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved