
10 Negeri, Dua Wilayah Dijangka Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat meliputi 10 negeri dan dua Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini.
Amaran tersebut menjangkakan seluruh negeri Pulau Pinang, Melaka dan Johor bakal menerima hujan lebat. Begitu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Di Utara, hanya beberapa kawasan diramal hujan. Antaranya daerah Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. Manakala di Perak, amaran dikeluarkan bagi daerah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama.
MetMalaysia turut meramalkan hujan lebat dan angin kencang di Selangor yang meliputi daerah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Terus ke Negeri Sembilan, hujan dan ribut petir dijangka landa lima daerah iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin.
Setakat ini, negeri-negeri di Pantai Timur dijangka cerah. Hanya daerah Bera, Pekan dan Rompin di Pahang yang menerima amaran hujan lebat.
Beralih ke Sarawak, MetMalaysia menyenaraikan beberapa kawasan bakal hujan lebat. Antara yang disenaraikan termasuk Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas).
Di Sabah, daerah Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka hujan lebat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan tersebut.
Berikutan itu, orang ramai dinasihat mematuhi langkah keselamatan ketika berada di luar serta elak berada di lokasi berisiko.
The post 10 Negeri, Dua Wilayah Dijangka Hujan Lebat Petang Ini appeared first on Siakap Keli.



