Hujan Berterusan Dijangka Melanda Sabah Dan Labuan Selama Dua Hari

6 Mar 2025 • 3:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan berterusan tahap waspada dijangka landa Sabah, Labuan dan kemungkinan di Limbang juga bermula esok

Hujan Berterusan Dijangka Melanda Sabah Dan Labuan Selama Dua Hari. Penduduk di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan dinasihatkan agar bersedia menghadapi hujan berterusan yang dijangka berlaku selama dua hari bermula Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca tahap waspada berikutan ramalan keadaan cuaca yang berpotensi membawa hujan lebat dan risiko banjir kilat di beberapa kawasan yang terlibat.

image is not available
Hujan Berterusan Dijangka Melanda Sabah Dan Labuan Selama Dua Hari. Gambar hiasan.

Kawasan Terlibat

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan, kawasan yang dijangka mengalami hujan berterusan adalah seperti berikut:

Pedalaman Sabah:

  • Sipitang
  • Tenom
  • Kuala Penyu
  • Beaufort
  • Keningau
  • Tambunan

Pantai Barat Sabah:

  • Papar
  • Putatan
  • Penampang
  • Kota Kinabalu
  • Tuaran

Selain itu, Labuan turut dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama. Keadaan ini juga diramalkan berlaku di Limbang, Sarawak dalam tempoh yang sama, menurut laporan media tempatan.

Keselamatan Adalah Keutamaan

Oleh kerana musim hujan semakin ketara, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca semasa dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya. Sekiranya terdapat sebarang perancangan perjalanan dalam tempoh ini, dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan atau menangguhkan perjalanan sekiranya perlu.

Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang tinggal di kawasan terlibat agar mereka juga dapat membuat persediaan sewajarnya. Sentiasa utamakan keselamatan diri dan keluarga.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan banjir di Sarawak: