10 pendaki hilang pada ketinggian 6,600 meter

1 Aug 2026 • 5:35 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 pendaki hilang pada ketinggian 6,600 meter

ISLAMABAD  – Pasukan penyelamat Pakistan hari ini  menyambung semula pencarian di altitud tinggi untuk tujuh pendaki yang hilang disebabkan runtuhan salji di salah satu puncak tertinggi dunia, dengan mayat tiga pendaki sudah ditemukan.

Runtuhan salji kelmarin menyebabkan ekspedisi antarabangsa yang terdiri daripada 10 orang dan diketuai pendaki terkenal berdarah Britain-Nepal, Nirmal Purja itu terputus hubungan. Nirmal bukan antara tiga mayat  yang ditemukan setakat ini.

Mayat mangsa diterbangkan dengan helikopter ke hospital untuk pengenalan rasmi.

“Mereka yang maut termasuk seorang wanita Amerika, seorang wanita Oman  dan seorang lelaki Nepal,” kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan semalam.

Polis di wilayah pergunungan Gilgit-Baltistan, utara Pakistan berkata, porter altitud tinggi dan pasukan penyelamat memulakan hari kedua operasi mencari dan menyelamat hari ini setelah  pencarian dihentikan semalam berikutan keadaan cuaca yang sukar.

“Pasukan penyelamat  melaporkan mengesan beberapa (lagi) mayat pendaki melalui rakaman dron,” kata kenyataan itu.

“Operasi menyelamat dilakukan di bawah bentuk muka bumi yang amat mencabar dan keadaan cuaca altitud tinggi oleh tentera Pakistan dengan penyelarasan bersama pendaki dan penyelamat altitud tinggi tempatan,” tambahnya.

Runtuhan salji berlaku ketika kumpulan pendaki berada pada ketinggian sekitar 6,600 meter dalam misi menakluki puncak Gunung Broad Peak setinggi  8,047 meter itu.

Ekspedisi itu disertai 10 orang, termasuk Purja, lima warga Nepal, seorang warga Pakistan, seorang rakyat Oman, seorang warga Amerika Syarikat  dan seorang pendaki dari China.

Broad Peak ialah gunung ke-12 tertinggi dunia, terletak di Banjaran Karakoram, utara Pakistan.

Ia dianggap  salah satu gunung paling sukar didaki daripada semua pendakian melebihi ketinggian 8,000 meter.

Ia pertama kali didaki pada tahun 1957 oleh pasukan Austria. – AFP 

 

The post 10 pendaki hilang pada ketinggian 6,600 meter appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved