10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon beri bantuan perubatan

25 Aug 2026 • 8:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon beri bantuan perubatan

PETALING JAYA – Seramai 10 pengunjung yang terjejas dalam insiden melibatkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon telah diberikan bantuan perubatan susulan kejadian itu, Jumaat lalu.

Sunway Lagoon dalam kenyataan hari ini berkata, penjagaan dan kesihatan kesemua pengunjung terbabit menjadi tumpuan utama pihaknya sejurus insiden tersebut berlaku.

Menurutnya, pihak taman tema itu juga terus berhubung rapat dengan pengunjung terlibat serta keluarga masing-masing bagi memastikan kebajikan mereka diberikan perhatian.

“Kami telah menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan serta terus berhubung rapat dengan pengunjung-pengunjung dan keluarga mereka.

“Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Sunway Lagoon memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut.

Katanya, kerjasama dengan pihak berkuasa serta individu yang terlibat akan diteruskan sepanjang proses berkenaan.

Pada masa sama, pihaknya memandang serius kejadian itu dan memberi komitmen untuk memastikan semua tarikan serta fasiliti di taman tema tersebut mencapai tahap keselamatan tertinggi.

“Kami kekal komited sepenuhnya untuk memastikan semua tarikan dan fasiliti kami mencapai tahap keselamatan tertinggi serta keselamatan dan keyakinan para pengunjung kami terus terjamin,” katanya.

Terdahulu, insiden melibatkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu itu membabitkan seramai 10 pengunjung. – KOSMO! ONLINE

The post 10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon beri bantuan perubatan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved