10 Sekeluarga Berdepan Detik Cemas Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air

29 Nov 2022 • 7:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kesemua mangsa yang berusia lingkungan enam hingga 63 tahun itu diselamatkan pada 8.21 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 10 sekeluarga termasuk enam kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam insiden kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali dekat sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis, ketika dihubungi malam ini, berkata kesemua mangsa yang berusia lingkungan enam hingga 63 tahun itu diselamatkan pada 8.21 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang.

Beliau berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

Semua mangsa berasal dari Sungai Buloh.

Katanya sebarang perkembangan baharu mengenai insiden itu akan dimaklum dari semasa ke semasa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved