“10 Tahun Adalah Tempoh Yang Sangat Panjang” – Jep Sepah Akhirnya ‘Mention’ Nama Shuib

EntertainmentLifestyle
29 Jan 2026 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelawak dan penyampai radio popular, Jep Sepahtu akhirnya mengumumkan pengundurannya secara rasmi daripada sebuah stesen radio selepas sedekad bergelar penyampai.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Jep meluahkan rasa syukur serta penghargaan kepada para pendengar dan rakan sekerja yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang tempoh tersebut.

“10 tahun adalah tempoh yang sangat panjang” – Jep Sepah

@jerry_jeriko

Replying to @MaBelle Ini dia video ucapan Abg Jep terakhir di Sinar Fm yang sempat di rakam di live @Jeptapan #sinar #pagidisinar #jepsepahtu #sinarfm #muzikretroterbaik

♬ original sound – jerry jeriko – jerry jeriko

Dalam ucapannya, Jep menyifatkan 10 tahun sebagai satu perjalanan yang panjang dan penuh makna dalam kerjaya penyiarannya.

10 tahun adalah tempoh yang sangat panjang dan saya rasa sangat bersyukur di atas sokongan padu daripada pendengar.

Luahan itu nyata menggambarkan betapa besar nilai pengalaman yang telah dilaluinya sepanjang bergelar penyampai radio.

Nama Shuib buat ramai tersentuh

image is not available

Paling menyentuh perasaan apabila Jep turut menyebut nama rakan seperjuangannya, Shuib Sepahtu, selain mengimbau kembali kerjasama bersama barisan penyampai lain dalam beberapa segmen radio yang pernah dikendalikan.

Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segmen Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib. Selepas itu, segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah dan Siti Elizad, kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray.

Jep turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi yang pernah bekerja dengannya serta mendoakan agar mereka terus berjaya dalam bidang masing-masing.

Dalam masa sama, Jep tidak lupa memohon maaf sekiranya terdapat tutur kata, gurauan atau sikapnya sepanjang 10 tahun itu yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Menurut Jep, unsur gurauan merupakan sebahagian daripada keperluan untuk membina keserasian antara penyampai, namun beliau mengakui mungkin ada keterlanjuran yang berlaku tanpa disengajakan.

Pssttt! Perjalanan panjang pasti ada perpisahan. Hargailah setiap kenangan, sokongan dan insan yang pernah sama-sama berjuang kerana itulah yang menjadikan kejayaan lebih bermakna.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “10 Tahun Adalah Tempoh Yang Sangat Panjang” – Jep Sepah Akhirnya ‘Mention’ Nama Shuib appeared first on Oh! Media.