10 Tahun Bersama, Dr. Mohanad Luah Rasa Cinta Buat Malaysia

LocalOpinion
31 Aug 2025 • 4:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

10 Tahun Bersama, Dr. Mohanad Luah Rasa Cinta Buat Malaysia

Tanggal 31 Ogos sangat istimewa di Malaysia kerana ia merupakan hari bersejarah bagi negara kita.

Pada tarikh inilah, laungan keramat “Merdeka” bergema buat pertama kalinya, menandakan berakhirnya era penjajahan dan bermulanya sebuah perjalanan baharu sebagai negara yang bebas dan berdaulat.

Sejak itu, setiap tahun rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh semangat patriotik, bukan sahaja untuk mengenang perjuangan para pejuang terdahulu, malah sebagai lambang perpaduan, keberanian dan kecintaan terhadap tanah air.

Doktor Mohanad titip ucapan buat Malaysia

Baru-baru ini, seorang wakil dari Yayasan Nurjiwa menzahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap Malaysia sepanjang 10 tahun berada di sini.

Menerusi hantaran @dr.mohanad.ak di Instagram, beliau menzahirkan rasa syukur kerana diterima dengan baik oleh masyarakat tempatan sehingga menjadikan Malaysia sebagai tempat yang penuh kenangan istimewa.

Beliau menyifatkan tempoh itu sarat dengan kenangan indah, penuh keakraban serta kasih sayang daripada rakyat tempatan yang membuatkan dirinya berasa seolah-olah berada di tanah air sendiri.

Ucapan yang dititipkan bersempena Hari Kebangsaan ke-68 itu lahir daripada hati yang sarat dengan rasa syukur, seolah-olah Malaysia sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya.

“Malaysia bukan hanya tempat berteduh, tetapi rumah kedua yang penuh indah, mesra dan berwarna-warni. Terima kasih Malaysia kerana mengajar erti persahabatan, kasih sayang dan keindahan hidup yang tidak akan pernah saya lupakan,” kata Dr. Mohanad Kullab.

Siapa Dr. Mohanad Kullab?

Difahamkan, Dr. Mohanad Kullab adalah figura penting di Gaza yang bertanggungjawab terhadap operasi bantuan Yayasan Nurjiwa melalui Sekolah Afwa Al-Afiyah.

Beliau bukan sahaja menjaga kesejahteraan pelajar dan petugas, tetapi juga menjadi saluran penting dalam penyaluran bantuan kemanusiaan yang secara langsung menyampaikan sokongan kepada yang memerlukan.

Melalui video, mesej suara dan kenyataan rasmi, Dr. Mohanad menceritakan keadaan semasa di Gaza termasuk kekurangan makanan, ubat, elektrik dan keselamatan rakyat Palestin.

Pada masa yang sama, beliau menyeru agar solidariti dan doa terus dipanjangkan kerana bantuan antarabangsa sangat terhad untuk sampai ke Gaza.

https://www.instagram.com/p/DN-Q_WyiHFz/?hl=en&img_index=1