Lebih 100K Pengunjung Hadir Raikan Hari Kebangsaan 2025 Di Dataran Putrajaya

31 Aug 2025 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tanggal 31 Ogos menjadi tarikh keramat buat semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini lah, negara ini secara rasminya bebas daripada penjajahan sejak tahun 1957.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung sebentar tadi di Dataran Putrajaya telah dihadiri lebih 100,000 orang pengunjung.

Difahamkan, data pengunjung sambutan itu telah diperolehi daripada pihak Perbadanan Putrajaya, lapor Berita Harian.

image is not available

Sambutan yang bertemakan Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni itu turut dijayakan oleh seramai 14,062 peserta perbarisan dan perarakan.

Persembahan grafik manusia (human graphic) yang membabitkan lebih 2,000 orang pelajar sekolah juga menjadi perhatian ramai.

image is not available

Difahamkan, peserta persembahan grafik manusia tersebut telah berlatih lebih dua bulan untuk memberikan yang terbaik ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 pada hari ini.

Selain itu, untuk sambutan pada hari ini juga, ramai pengunjung yang telah berada di sekitar kawasan dataran sejak petang semalam lagi kerana mahu mendapatkan kedudukan terbaik untuk melihat perbarisan Hari Kebangsaan.

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia! Semoga negara kita kekal aman, sejahtera dan semakin maju pada masa hadapan.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.