10 Tahun Bersama, Pereka Fesyen Umum Berpisah Dengan Anak Ismail Sabri

5 Dec 2023 • 9:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tiada angin tiada ribut, pereka fesyen serta usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan sudah bercerai dengan isteri, Datin Nina Ismail Sabri pada Ogos lalu.

Berita duka itu disampaikan Jovian sendiri menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Katanya, mereka mengambil keputusan mengakhiri hubungan pernikahan yang dibina sejak 10 tahun lalu dengan sebuah persahabatan.

image is not available

image is not available

Apa yang penting, mereka berusaha menjadi ibu bapa yang baik demi kebahagiaan anak tunggal, Jeanelle.

Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini turut menghargai sokongan para peminat terhadap #Jovianina selama 10 tahun ini.

Malah, malam tadi mereka sempat membuat sesi live bersama-sama dan merasakan penting untuk menjelaskan status hubungan kepada umum.

Kredit: Instagram Jovian Rayke Mandagie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.