
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie mengumumkan sudah bercerai dengan isterinya, Nina Ismail Sabri sejak Ogos lalu.
Jovian memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di Instagram (IG) pada Selasa.
Bagaimanapun kata Jovian, dia dan Nina berpisah secara baik.
“Ada perkahwinan yang istimewa yang tercipta untuk seumur hidup tapi perkahwinan kami pula berkembang menjadi persahabatan seumur hodup.
“Pada Ogos lalu, kami sama-sama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu adalah yang terbaik.
“Kami dapati sebagai sahabat dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai.
“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah kebahagian kami, kami sudah lakukan yang baik. Alhamdulillah.
“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah. Kami percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.
“Selepas beberapa dekad, anda menjadi sebahagian draipada perjalanan kami, kami swntiasa ingat kenangan itu.
“Sokongan anda kepada #Jovianina tidak ternilai dan kami berharap sokongan itu akan berterusan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Jovian juga turut mengucapkan terima kasih atas kata kata positif yang diberikan oleh pengikutnya.



