10 tahun hasilkan bebola getah seberat 5.2 tan

4 Nov 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 10 tahun hasilkan bebola getah seberat 5.2 tan

MICHIGAN – Usaha gigih dan kesabaran seorang lelaki dari Detroit, Amerika Syarikat (AS) selama lebih sedekad akhirnya membuahkan hasil apabila bebola gelang getah seberat 5,252 kilogram (kg) yang dihasilkannya diiktiraf secara rasmi sebagai yang terbesar di dunia, lapor saluran berita United Press International.

Claude P. Moore memulakan hobi menghasilkan bebola getah bersaiz kecil untuk mengisi masa terluang ketika menghadiri temu janji rawatan bagi penyakit gangguan darah, hemofilia, yang dihidapinya. 

Namun pada 2015, cabaran daripada rakan-rakan sekerja telah mendorongnya untuk menghasilkan versi bersaiz luar biasa.

Bagi tujuan pengesahan rasmi pada Ogos lalu, Moore bersama puluhan sukarelawan bertindak menggolekkan bebola gergasi itu keluar dari stor sebelum mengangkatnya menggunakan kren untuk dibawa ke Belle Isle bagi sesi timbang berat.

Pegawai penilai Guinness World Records yang hadir menyaksikan proses penimbangan tersebut mengesahkan ciptaan seberat 5.2 tan itu secara rasmi memegang gelaran bebola gelang getah terbesar di dunia.

Kejayaan tersebut sekaligus meleburkan rekod terdahulu milik seorang lelaki dari Florida, Joel Waul, yang mencatat rekod dengan bebola seberat  4,096 kg pada tahun 2008. – AGENSI

The post 10 tahun hasilkan bebola getah seberat 5.2 tan appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved