10 Tahun Hubungan Haram, Kim Minhee Lahir Anak Luar Nikah Hong Sangsoo

EntertainmentLifestyle
9 Apr 2025 • 12:19 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kim Min-hee dan pengarah Hong Sang-soo telah menyambut kelahiran seorang anak lelaki.

Menurut laporan industri perfileman pada 8 April lalu, pelakon itu dilaporkan sedang dalam tempoh berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu selepas bersalin di Hanam, Gyeonggi-do selepas melahirkan anak lelakinya.

Berita mengenai kehamilan Kim Min-hee mula tersebar pada Januari lalu apabila dilaporkan bahawa dia bakal bersalin tidak lama lagi. Pada Februari, Kim Min-hee yang sedang sarat hamil dilihat bersama pengarah berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, sekali gus mengesahkan laporan tersebut.

Susulan kelahiran anak lelaki Kim Min-hee, perhatian kini tertumpu kepada isu pendaftaran anak itu dalam daftar keluarga serta kemungkinan pewarisan harta.

image is not available

Anak lelaki yang dilahirkan oleh Kim Min-hee boleh didaftarkan sebagai anak luar nikah dalam daftar keluarga Hong Sang Soo, atau boleh juga didaftarkan secara eksklusif di bawah nama keluarga Kim Min-hee. Selepas menjalani ujian DNA dan melalui proses pengiktirafan secara sah, anak tersebut boleh dimasukkan ke dalam daftar keluarga pengarah itu sebagai anak luar nikah dan secara sah mempunyai hak untuk menerima harta pusaka. Dalam undang-undang Korea, anak luar nikah dan anak dalam perkahwinan sah mempunyai hak yang sama dalam hal pewarisan.

Nantikan maklumat lanjut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.