“10 Tahun Jaga Fazura, Ramai Tanya Macam Mana Boleh Tahan?” – Pengawal Peribadi Dedah Sikap Sebenar Faz

EntertainmentLifestyle
24 Jun 2025 • 1:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian pengawal peribadi kepada pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, mencuri perhatian netizen apabila dia tampil mendedahkan sikap sebenar majikannya itu selepas hampir 10 tahun bertugas bersama.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, individu bernama Shahaszrin menjawab persoalan ramai yang hairan bagaimana dia mampu kekal lama bekerja di bawah selebriti popular seperti Fazura.

Alhamdulillah tahun depan ngam 10 tahun aku bekerja menjaga keselamatan Fazura.
Ada yang tanya macam mana boleh lama kerja dengan Faz.

Jawapan aku simple je aku ikhlas bekerja, Fazura sangat baik hati, jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang.

Jujur dan amanah. Tahu membezakan antara bos dan kawan.

Perkongsian itu mendapat sambutan hangat warga maya yang turut tersentuh dengan hubungan profesional dan penuh hormat antara majikan dan pekerja ini.

image is not available

Lebih manis, Fazura sendiri sempat membalas hantaran itu dengan ucapan terima kasih yang penuh kasih sayang kepada Shahaszrin dan keluarganya.

Ramai netizen memuji sikap kedua-duanya dan menyifatkan Fazura bukan sahaja cantik luar tetapi juga berhati emas ,tiada ‘diva attitude’, mesra dan sangat menghargai orang sekeliling.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hours ago

"Kita Dengan Isteri Je Yang Tahu.." - Joey Daud Amal Pakai Seluar Dalam Terbalik Untuk Elak Disantau