“10 tahun menunggu” – Reaksi Suami Terkejut Isteri Hamil Buat Netizen Terharu

Entertainment
22 Jul 2022 • 2:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila sudah masuk ke alam perkahwinan, pastinya menyambut zuriat itu merupakan satu perkara yang menggembirakan buat sesuatu pasangan, terutamanya si bapa.

Namun, bukan semua sama nasib, ada yang cepat dan ada yang lambat, pastinya kita yang melihat sendiri dapat rasa kegembiraan yang terpancar dalam diri seorang bapa itu setelah sedekad menunggu seperti suami kepada wanita ini.

 

10 tahun menunggu

Menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok ini, suami kepada wanita ini telah menunggu selama 10 tahun untuk mendapatkan zuriat.

Video berdurasi 46 saat itu menunjukkan keterujaan si suami apabila mendapat tahu yang isterinya itu hamil sebelum sebak dan seperti nak menangis kegembiraan.

Dilihat lelaki tersebut menghubungi seluruh anggota keluarga untuk menyampaikan khabar gembira itu. Malah, dia begitu teruja apabila melihat imbasan janin bakal cahaya matanya itu.

@giftboxbabycayang

Alhamdulillah.. menghitung hari dari 10 tahunimage is not available Semoga Allah menjaga kita. Semoga kehadiran malaikat kecil membesar menjadi anak yang soleh image is not available *baru nak share harini. #fyp #baby #babyboy #menghitunghari

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Menjelaskan perihal sebenar, wanita yang baru berkahwin dengan lelaki tersebut pada Februari lalu menyatakan bahawa suaminya pernah berkahwin selama 10 ke 11 tahun dengan pasangan sebelum ini, namun mereka tidak dikurniakan zuriat malah jodoh mereka pun tak panjang.

“Yang saya share itu adalah reaksi suami saya yang menunggu zuriat selama dia pernah jadi suami.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan ucapan tahniah dan terharu melihat video yang telah meraih 2.2 juta jumlah tontonan dalam masa 2 hari itu termasuklah pelakon Aeril Zafrel sendiri.

image is not availableimage is not available

Dalam pada itu, wanita ini turut mendoakan mana-mana individu yang senasib dengan suaminya sebelum ini agar dikurniakan zuriat seperti mana yang mereka lalui. Amiinnn.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.