10 terkorban termasuk 5 kanak-kanak dalam kebakaran di Lyon Perancis

16 Dec 2022 • 4:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PARIS: Sepuluh orang maut dalam kebakaran di sebuah bangunan kediaman berhampiran bandar Lyon Perancis pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mangsa yang terkorban termasuk lima kanak-kanak, empat lagi cedera parah manakala 10 yang lain cedera ringan, termasuk dua anggota bomba, menurut pihak berkuasa tempatan.

Punca kebakaran di pangsapuri tujuh tingkat di pinggir bandar Vaulx-en-Velin Lyon itu masih disiasat.

Kira-kira 170 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus pihak berkuasa menerima kebakaran pada kira-kira 3 pagi.

Jurucakap bomba memberitahu penyiar Perancis BFMTV kebakaran berlaku di tingkat bawah blok pangsapuri yang terletak di taman perumahan dan merebak sehingga ke tingkat tiga.

Operasi memadam kebakaran rumit dan jumlah mangsa mungkin meningkat, kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa asap menyukarkan usaha menyelamat.

Api bagaimanapun berjaya dipadamkan, katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved