100 murid Tanjong Sepat terima sumbangan persiapan sekolah 2027

15 Nov 2026 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

100 murid Tanjong Sepat terima sumbangan persiapan sekolah 2027

SHAH ALAM, 15 NOV: Seramai 100 murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat menerima sumbangan menerusi Program Ceria Ke Sekolah anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat, Datuk Borhan Aman Shah berkata inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB itu bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah (B40) dan golongan asnaf dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak bagi sesi 2027.

Menurutnya, penerima bantuan terdiri daripada murid pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asli yang dikenal pasti dengan kerjasama ketua kampung serta ketua komuniti setempat.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada TNB atas keprihatinan kerana memilih DUN Tanjong Sepat sebagai salah satu penerima program CSR ini.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga murid-murid yang akan memasuki sesi persekolahan 2027 nanti,” katanya menerusi Facebook.

Program yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Sri Kundang, Kampung Kundang itu turut dihadiri Pengurus Besar Bahagian Retail TNB Selangor, Mahamad Farizan Mahamad.

Hadir sama ketua kampung, ketua komuniti serta ahli majlis Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Borhan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu mengenal pasti penerima layak, selain menyelaras pelaksanaan program berkenaan dalam tempoh persiapan yang singkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved