
TAWAU: Kira-kira 100 pemandu kenderaan e-hailing di daerah ini menerima sumbangan isian minyak percuma Ramadan di Stesen Minyak Petronas Sri Kuhara, Jalan Kuhara pada Jumaat.
Kempen bermula 1.30 sehingga 3.30 petang itu membabitkan isian minyak percuma RM20 bagi kenderaan e-hailing dan RM5 bagi rider p-hailing.
Adun Kukusan, Rina Jainal berkata, program tahun kedua yang diadakan pihaknya itu diadakan sebagai tanda sokongan kepada para pemandu kenderaan e-hailing dan rider p-hailing yang berperanan penting kepada masyarakat, khususnya di bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan.
