“10K kot banyak” – Wanita Dikecam Pertikai Bantuan Kerajaan Untuk Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

Entertainment
17 Dec 2022 • 11:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, negara kita dikejutkan dengan berita tanah runtuh yang menimpa sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor semalam. Sehingga kini, operasi menyelamatkan mangsa yang tertimbus masih lagi giat dijalankan.

Menurut Harian Metro, kerajaan telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan memberi bantuan wang ihsan sebanyak RM10,000 kepada semua mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

image is not available

Namun, seorang wanita di Twitter pula telah dikecam oleh warganet gara-gara dirinya yang dilihat seperti kurang senang dengan pemberian bantuan wang kepada mangsa yang maut itu.

Wanita berkenaan telah mengatakan di Twitter bahawa bantuan sebanyak RM10,000 itu banyak apabila dibandingkan dengan lagi ramai yang daif memerlukannya.

image is not available

image is not available

Tweets wanita berkenaan kemudiannya telah mencetuskan kemarahan warganet lain kerana ramai yang berpendapat wanita ini seperti tidak sensitif atau berempati dengan keluarga mangsa insiden tanah runtuh itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen juga kecewa dengan pendapat wanita berkenaan. Namun, setelah dikecam, wanita tersebut telah mengunci akaun Twitter nya.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar mangsa yang masih belum ditemui akan segera diselamatkan dan semoga ahli keluarga mangsa tabah dengan ujian ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.