11.11: Jam & gelang pintar Realme RM59, diskaun RM1,000 untuk laptop

Digital
8 Nov 2022 • 3:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bila sebut tentang peranti murah dan mampu milik, nama Realme perlu diingat selalu. Lebih baik lagi, Realme Malaysia kini mengumumkan tawaran mereka sempena Jualan Mega 11.11 yang berlangsung hari Jumaat ini.

Agak menarik kerana Realme menamakan tawaran mereka sebagai “11.11 Wish Come True Day Sale” atau bermaksud, Jualan Hari Impian Menjadi Nyata. Diskaun sehingga 65% ditawarkan untuk pelbagai produk keluarga Realme.

Promosi ini juga berjalan lebih lama, selama 3 hari dari 11 hingga 14 November 2022. Ia akan terdapat di Stor Rasmi Realme di Lazada dan Shopee.

image is not available

Antara tawaran menarik yang disediakan adalah jam dan gelang pintar, Realme Watch 2 dan Realme Band 2 ditawarkan pada harga RM59 setiap satu. Selain itu, diskaun RM100 disediakan untuk siri Realme GT dan kebanyakan telefon pintar lain. Malah, laptop Realme Book diberikan diskaun RM1,000.

Berikut adalah senarai penuh tawaran Realme untuk 11.11 nanti:

  • Realme 9i (6GB + 128GB) – RM899 RM859
  • Realme 9 Pro 5G (8GB + 128GB) – RM1,249 RM1,199
  • Realme 9 Pro+ 5G (8GB+256GB) – RM1,699 RM1,619
  • Realme 9 Pro+ 5G Free Fire Edition – RM1,499 RM1,399
  • Realme 9 (6GB + 128GB) – RM899 RM859
  • Realme GT 2 Pro (12GB + 256GB) – RM2,999 RM2,899
  • Realme GT NEO 3 – RM2,099 RM1,999
  • Realme C35 (4GB + 64GB) – RM699 RM649
  • Realme C33 (4GB + 64GB) – RM599 RM559 + PERCUMA realme Buds Classic

  • Realme Pad Mini (WiFi) – RM699 RM599
  • Realme Book i3 – RM2,999 RM1,999
  • Realme Watch 2 – RM229 RM99
  • Realme Band 2 – RM169 RM59

  • Realme Powerbank 3 – RM139 RM99
  • Realme Powerbank 3 Pro – RM189 RM139
  • Realme Buds Classic – RM59 RM29
  • Realme Buds Air Pro – RM369 RM199
  • Realme T100 Earbuds – RM129 RM109
  • Realme Mobile Game Trigger – RM69 RM39
  • Realme Night Light – RM99 RM29